Hujung minggu ni, aku dengan zakirah rancang nak pergi joging kat perkasa ..tapi kami lambat keluar rumah..jam 8.15 pagi kami keluar dari rumah singgah kedai makcik salmah beli sarapan,,makan dalam kereta kami teruskan ke pekan untuk hantar baju jubah yang aku baru beli untuk di alter..lepas hantar baju kami pergi pula Gmart beli gatah kain untuk kain baju kurunf kamu yang longgar..lepas selesai membeli, kami berfikir-fikir di mana lagi tempat yang kami boleh pergi berjalan-jalan menghabiskan waktu hujung minggu..terus aku teringat TPS..TPS tu singkatan bagi Taman Pertanian Sabah..kami pernah beberapa kali ke sana tapi tidak pernah masuk ke dalam untuk meninjau kawasan dalam TPS.. lepas aku beritahu zakirah, tanpa buang masa zakirah memandu keretanya bergerak ke sana..lebih kurang 15 minit dari pekan, kami tiba di sana dengan selamat..kami menghampiri kaunter tiket masuk dan membeli tiket dengan harga rm 10 seorang.. Staf di kaunter beritahu kami bahawa tren disediakan untuk membawa kami melawat kawasan yang jauh ke dalam..kami makin teruja apabila diberitahu tentang kemudahan yang disediakan..sewaktu kami menaiki tren baru kami sedar yang kawasan di sini rupanya sangt besar dan cantik dikelilingi pokok dan tumbuhan yang menghijau sejauh saujana mata memandang..Subhanallah kami sememnagnya terpukau dengan keindahan dan keluasan tempat ini.. Antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan ..oh ya sewaktu kami baru sampai..memangg tidak ramai orang, seolah-olah kami telah booking taman ni untuk kami berdua.. Memang tiada pengunjung lain yang kelihatan selain staf dan pekerja TPS sahaja..
Jadi bagi yang berkesempatan boleh la datang ke sini untuk menikmati keindahan TPS, Tenom Sabah ini..