Assalamualaikum wbt semua,, malam ni rasa nak menulis,, meluah rasa hati sikit,
Kalau baca tajuk post ni tentang kehidupan.. Jadi, hari ini nak cerita pasal orang tua aku atau ibubapa aku,,
hari ini banyak benda yang berlaku, umi dan makcik aku pergi join kelas pengajian dari pagi sampai tengahari, kemudian balik rumah dah petang pun,,macam-macam tempat disinggahnya,,umi balik sahaja ke rumah terus dia siapkan makanan untuk orang dekat rumah..masak nasi dan lauk semua.. Aku? aku dengan abah keluar lepas zohor untuk cari barang berniaga ayam gunting.. Aku sejak dah tak bekerja di kedai makan along, duduk dekat rumah saja,,menganggur tunggu untuk dipostingkan,, Selepas pulang pula, umi memasak dan basuh pakaian abah juga,,seharian umi buat kerja dari pagi tadi,, selalunya apabila malam lepas maghrib kami akan bersiap nak pergi ke masjid tapi malam ini tidak,,aku dah bersiap nak pergi masjid tapi bila jenguk umi di biliknya,, umi terbaring dalam bertelekungnya lepas solat maghrib,, aku menghampiri umi dan bertanya "Tak ke masjid ke, Umi?".."Hmm,, umi tak laratlah sakit urat kaki dah ni," balas umi. Aku terdiam lalu duduk di sebelah umi, "Abah tak pergi juga ke?" tanya aku.. Umi membalas"Abah pun tak larat juga tu" ..Sekali lagi aku terdiam sebentar..Umi menyambung bicaranya "kalau ada orang tolong urut sapukan minyak ini pun bagus juga" umi berseloroh..aku diam tidak menyokong bicara umi itu..tapi dalam hati aku berbisik "umi minta tolong urutkan kakinya tu suhaili,,"
Aku berbual dengan umi bertanyakan bagaimana aktiviti kelas pengajiannya hari ini. Umi pun bercerita panjang lebar dalam keadaan mukanya jelas tergambar keletihan namun masih sedikit teruja. Alhamdulillah umi gembira nampaknya..
Tapi aku terkilan kerana umi berasa sakit dan letih sehingga tidak dapat ke masjid seperti biasa..Begitu juga abah yang kepenatan setelah ke hulur ke hilir mencari bahan untuk berniaga dan mencari kedai besi yang boleh memasang besi pada motor roda tiga untuk dibuat berniaga..
Kerja-kerja yang umi dan abah lakukan tidak sepatutnya mereka lakukan..Ia sepatutnya boleh diselesaikan oleh anak-anak. Namun, apakan daya apabila memiliki anak-anak yang kurang prihatin yang tidak memahami kerisauan yang ada dalam jiwa umi dan abah apabila melihat anaknya hanya berkurung di dalam bilik tidak melakukan apa-apa pekerjaan, yang hanya menghadap komputer dan televisyen setiap hari, yang bermain telefon melayari laman sosial silih berganti. Anak-anak yang tidak rasa untuk tolong memasak atau melakukan perkara yang dapat menyenangkan hati umi dan abah.. sedih sekali..Akhirnya umi dan abah lah yang akan menyiapkan segala-galanya.
Selepas solat isyak, aku bertanya kepada umi "umi nak urut dan sapukan minyak tak tu ??" umi mengiyakan tanda setuju.. Aku siapkan minyak panas untuk disapukan pada umi,,dalam hati aku berbisik Ya Allah, kalau aku tak berkhidmat mengurutnya sekarang, bila lagi aku berpeluang untuk berbuat begini??"..Sambil aku mengurut kaki umi, aku bacakan al Fatihah, berdoa pada Allah agar Allah beri kesembuhan dan kesihatan pada umi..hati aku menjadi sebak melihat kulit kaki umi yang semakin kendur dan menua.
Selesai menyapukan minyak ubat pada kaki umi, aku menyuruh umi untuk tidur dan aku melangkah masuk ke kamaarku. Lalu aku terdengar suara abah sayup memanggilku. Segera aku keluar menjenguk abah di atas katillnya. Abah minta aku ambilkan air suam dan ubat panadol untuknya. Ya Allah, hati aku semakin sebak.."Abah pula berasa tidak sihat malam ini" bisik hati aku. Tanpa membuang masa aku panaskan air dan sediakan air suam dan ubat untuk abah.
Setelah Abah makan ubat, abah meneruskan baring untuk tidur dengan berselimut satu badannya. Aku melangkah masuk ke bilik aku dan terduduk di atas lantai. air mata aku laju mengalir melihat keadaan umi dan abah yang semakin tua dan tidak sihat itu. Umi sempat berpesan pada aku tentang antara isi pengajian yang dia sertai tadi ialah agar kita sentiasa memperbanyakkan bercakap pada Allah atau mengadu pada Allah. Aku teringat pada pesan umi tadi lalu mengadu pada Allah dan memohon Allah berikan kesembuhan buat umi dan abah. Tersentuh hati aku pada malam ini. Semoga kita sentiasa menjadi anak yang sentiasa menggembirakan hati ibu bapa kita dan dapat berbakti pada mereka sementara Allah masih pinjamkan mereka kepada kita di dunia ini.
Pengajaran: Hargailah ibu bapa anda selagi mereka masih ada dan berbuat baiklah pada keduanya.
{وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيماً* وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيراً* رَّبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا فِي نُفُوسِكُمْ إِن تَكُونُواْ صَالِحِينَ فَإِنَّهُ كَانَ لِلأوَّابِينَ غَفُوراً} (23ـ25).
Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “Uff”, dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".